Friday, January 30, 2009

Projek Ternakan Ikan Patin Sangkar

Oleh: Aji

Salam Rodong2 semua.

Berikut adalah cadangan projek Ternakan Ikan Patin Sangkar untuk meningkatkan ekonomi Persatuan Kite.

ANGGARAN KOS UNTUK SATU LOT SANGKAR IKAN PATIN YANG BERSAIZ 12 X 12 KAKI PERSEGI

Anggaran kos untuk satu sangkar 12 x 12 kaki----------------------RM 4200
Anggaran kos untuk benih ikan: 2000 ekor x 35 sen/ekor-----------RM 700
Anggaran kos utk makanan : 70 bag utk 6 bln x RM50 per bag------RM 3500
Upah pekerja untuk satu lot, katalah anggarannya: RM100 x 6 bln--RM 600
Jumlah kos keseluruhannya selepas tempoh matang: 6 bulan--------RM 9000
HARGA JUALAN BORONG

Katalah berat ikan kita tu sekilogram seekor.............biasanya dlm 500 ke 800gram seekor

1 lot sangkar 2000 ekor - 100 ekor (5%- mati)
= 1900 ekor x RM10/kilogram-----RM 19000

Harga borong - kos operasi keseluruhan:
RM19000-RM9000-----RM10000 net
HARGA JUALAN RUNCIT
1 lot sangkar 2000 ekor - 100 ekor (5%- mati)
= 1900 ekor x RM14/kilogram-----------------RM 26600

Harga runcit - kos operasi keseluruhan:
RM26600-RM9000---------------------------RM17600 net

Untuk pengetahuan rodong-rodong sekelian, koi dah pun berbincang melalui telefon dgn member koi (Classmate Sekoloh Kg Tengoh) dan beliau sanggup untuk mengambil tanggungjawab menjaga projek ikan patin sangkar kita.

Untuk pengetahuan rodong-rodong, beliau sekarang sedang mengusahakan ternakan ikan patin sangkar Sg Pahang, di Kg Tengah, Temerloh. Beliau sentiasa bersedia untuk berbincang mengenai perkara kita ini. Nanti kita boleh aturkan satu lawatan ke sangkar beliau di Kg Tengah.

Rodong-rodong boleh mengemukakan komen dan pendapat mengenai perkara ini.

Sekian.....Aji

12 comments:

  1. salam...aji..tq ats usha awk..awk pown dh discus dgn owg yg adew xprience psal patin sngkar ni, so..apew lgi..kon stuju sgt...

    ndak plok tgok profit bnyok tuh...huh..lepaih 2 round bleh bkok cawangan baru kite...

    gmbir rando bleh supply...

    ReplyDelete
  2. Koi polo jer..
    Aok jalan first I go seken

    Mana yg baik tu...tataula plok
    pandange yg lelain...

    Tahniah le Aji sudi ngajok kengkawan..
    Aik Megat baru jer awok nikoh tuuuu..

    Takpe kalau mampu 4 pon boley beb....

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya dlm bab ternakan ni, banyak benda yang kita boleh save.Contohnya:

    Part sangkor tu....kita cari la yang orang dah tak buat...kira benda 2nd hand la. kalau tak pun kita potong je orang punya yang banyak di sepanjang sg pahang tu. Pas tu kita hanyut je kehilir...tak ke jimat tu.

    Yg ke2 nya...Part makanan.
    Part ni la yang banyak buat orang pening kerana kos makanan mahal. Untuk 20kg makanan tinggi protin(starter) berharga RM52-RM58.

    Dan untuk mainten pulok dlm RM48 utk 20kg.

    Projek ni sebenornya berdayasaing jika kita kita mampu membuat makanan sendiri. Selain dari itu kita dapat membuat kontrak farming. Walaupun reganya yang di tawarkan rendah sedikit tapi grenti buying tu penting untuk memastikan kesenambungan dan kelancaran projek.

    ReplyDelete
  4. well said anon...(kalau boleh perkenalkan diri..) risk analyst kena buat.. projek ni bagus tapi jangan selak nak buat tanpa kajian dulu.. kita tak nak short term investment. kalau boleh biar sampai air sungai pahang tu kering baru berenti...

    ReplyDelete
  5. http://www.youtube.com/watch?v=v24fWmo1lK0

    sambil2 membaca tu....dengor la lagu ni

    ReplyDelete
  6. setiap tangan yang dihulur itu perlu disambut. aku setuju kata kenik, risk analysis kena buat. dari kepala otak aku yang dangkal ni, kita ada kepakaran dalam bidang perladangan, beberapa kawan kita ada kelulusan planting industry...baik juga kalau kita cuba bidang tu. Utk bidang ternakan ikan sangkar;
    1. Beberapa rodong kita memang biasa dgn sungai pahang macam Aji...tapi dia skrg tinggal kat balok..tepi laut lakk...mkin dia pakar sungai,tapi belum tentu pakar ikan sangkar...
    2. Datuk Salleh Majid ex BSKL pernah kata ikan sangkar Talapia amat sesuai utk buat fish fillet, utk pasaran domestik dan eksport.setakat ni belum ada pengusaha yg serius buat...peluang besar bebb...kalau nak tau fish fillet ikan talapia sangkar lagi sedap dari ikan laut...

    sesamelah kita pikirkan..

    ReplyDelete
  7. Pembetulan...Mat Jeperinya wei.. Kat pasar borong dah ada org buat. Tapi dia orang istharkan ikan merah..

    Dia orang ni kalau tak menipu tak sah..Hak gang mata sepet tu laaaa

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum w.b.t

    Koi setuju sgt dengan cadangan Aji tu...
    Masalahnya bukan semua orang boleh keluarkan RM9000 tu
    Maklumlah kita ni lain lain pendapatannya.....

    Jadi kita ikut cafdangan Abu tempohari bagi mengelakkan MONOPOLI. Kita semua bagi dulu berapa yg mampu...

    Lepas tu kalau tak cukup baru mereka yg 'berduit' tambah...

    Katalah kawan keluarkan RM3000 dan jumlah semua kutipan RM38000. Jadi keuntungan nanti dikira berdasarkan PERCENTAGE

    dan kerugian sebanyak 5% tu kita tanggung bersama
    taklah sorang 5% kalau 20 orang dah 100% apa yg tinggal?

    maksudnya orang yg modalnya kecil makan
    sikit dan yang banyak makan 'kenyang'

    Lepas tu kita tetapkan setiap orang sumbang utk persatuan sebyk katalah
    RM300 jer
    jadi persatuan pon dpt faedah...
    Kemudian baru kita buat second 'round'

    Pandangan seposen kawan je ni...

    Wassalam.

    MAT FUN

    ReplyDelete
  9. Mana lagi komen yg lain....Tak reti ke nak pakai komputer????? Hampezzzzzzzzzzz tu la...

    mat lo

    ReplyDelete
  10. Salam! rodong-rodong seme.....hari sabtu ni koi akan ke tloh utk kursus tanam serai. itu pun sebab abang koi beria ngat ngajok. Lagi pun tanah peninggalan arwah org tua koi berlambok.... tak diusahakan langsung kecuali pokok buah jer. Sebelah petangnya pulok, koi plan nak g jumpa member koi tu nak discuss pasal projek ikan patin sangkar ni. So...koi harap ada lah rodong-rodong yg sudi join sekali. Geng tloh... Megat, Shukur, Mat Misai, atau sapa jer rodong-rodong yg free....you are welcome.

    ReplyDelete
  11. Salam semua,
    Koi dah baca dan tengok banyak pandangan dari rodong2 untuk projek ekonomi. Semuanya bagi idea yang bernas, pro & kon. Disini koi rasa kita kena buat analisis yang betul-betul mendalam sebab bila perkara ynag melibatkan wang, adik beradik boleh berpecah. Mcm koi lah nak keluar modal pun perit rasanya tapi kalu kita tak terai tak njadi juga.
    Jadi koi rasa elok sesangat aji buat sebey ikan sangkar. InsyaAllah kalau koi tak de hal mustahak koi akan join aji walaupun koi bukan dari biro ekonomi. saje nak tau crita.
    pas 2 baru kenkawan desaik nak buat pebende.

    Abd. Shukur
    ( Muzakarah membawa kejayaan )

    ReplyDelete
  12. Salam semua;
    Anyway tahniah aji atas inisiatif anda,
    kawe nampak projek ni bagus,pandangan kawe
    1.mulakan secara kecil-kecilan dulu biar kengkawan yakin nak keluarkan lebih modal.
    2.Pasaran amat penting sekali,pastikan ianya betul-betul viable
    3.Orang yang mengendalikan,mestilah meyakinkan kebolehannya.Kita mesti letakan orang kite bersama kawan aji tu(Biar dia belajar).kawan kita ni mestilah yang berminat dlam bidang ini dan beramanah(jangan separuh jalan).
    4.kaji faktor alam/risiko banjir/keselamatan dll.
    5.kalau berjaya kita buat 2nd round dengan skala yang lebih besar.

    ReplyDelete